Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis kawal perlawan bola sepak elak kejadian tidak diingini berlaku

2:58pm 21/02/2016 Leolerry Lajius 76 views Tempatan

 

KOTA KINABALU: Seramai 7 orang pegawai dan 181 orang anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan sempena perlawanan bola sepak Piala FA yang melibatkan pasukan Sabah dan juga pasukan KL MOF FC di Stadium Likas, di sini semalam.

Pasukan polis melakukan kawalan ketika perlawanan tersebut berlangsung.

Pasukan polis melakukan kawalan ketika perlawanan tersebut berlangsung.

Kawalan keselamatan tersebut dipertingkatkan berikutan laporan polis yang di buat oleh Setiausaha SAFA yang mengatakan akan ada kekacauan yang akan ditimbulkan oleh penyokong.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, Penugasan flushing telah dilaksanakan oleh Cawangan Khas dan UPB di aras 1 kawasan VIP dan diambil alih oleh petugas jaga aman sejurus selesai proses flushing dijalankan.

“Team Strike JSJ IPD Kota Kinabalu ditempatkan di lokasi-lokasi berpotensi untuk berlaku sebarang kekacauan dan dua unit LSF dan satu unit PORU  bersiap sedia di dalam stadium bagi menghadapi kemungkinan rusuhan sekiranya berlaku,”katanya.

Tindakan  pencegahan telah meneutralkan perlakuan penyokong dan sepanjang perlawanan berlangsung, tidak berlaku sebarang insiden atau pun sebarang pembakaran suar atau mercun.

Beliau juga memberi amaran bahawa pihak polis akan menangkap dan mendakwa individu yang mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan orang awam, pemain atau penganjur dalam mana-mana perlawanan bola sepak.

Jumlah penonton yang hadir pada malam tersebut dianggarkan seramai 1500 orang menyaksikan pasukan Sabah menang 3-0 ke atas pasukan KL MOF FC.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan