Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis kaji semula keperluan lanjut perintah berkurung di ESSZONE

polis esszone

SANDAKAN: Polis akan mengkaji semula keperluan sama ada melanjutkan perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata ia akan dikaji semula pada akhir tempoh perintah berkurung itu yang berakhir pada Ahad ini. 

Katanya, sama ada penguatkuasaannya dilanjutkan atau sebaliknya, bergantung kepada keperluan semasa. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Sandakan di Ibu Pejabat Polis Sandakan, di sini, sebentar tadi. 

Pada majlis itu, bekas Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong yang dilantik sebagai Timbalan Komander PGA Briged Tengah, menyerahkan tugas kepada bekas Penolong Pengarah (Kepolisan Am/Dasar) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain. 

Perintah berkurung di perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Semporna dan Tawau dikuatkuasakan sejak 19 Julai hingga 2 Ogos lalu, sebelum dilanjutkan mulai 3 Ogos.

Komen


Berita Berkaitan