Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis jumpa 20 bangkai monyet dalam bas

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Hanoi: Polis Vietnam menemui 20 monyet yang diawet selepas menghentikan sebuah bas di pinggir bandar Hanoi, semalam.

Bas terbabit ditahan selepas pemandunya melanggar lampu merah pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Hanoi, Nguyen Tien Viet berkata, pihak berkuasa akan mengenal pasti spesies monyet berkenaan dalam tempoh terdekat.

Katanya, bangkai haiwan itu ditemui disumbat dalam dua karung guni.

“Polis menemui bangkai monyet itu kerana terhidu bau sangat kuat serta keadaan guni mencurigakan,” katanya.

Sementara itu pemandu bas terbabit mendakwa, dia diarah membawa guni berkenaan ke lokasi tertentu untuk diserahkan kepada pihak ketiga.

Vietnam ialah pusat beberapa spesies monyet yang jarang ditemui di dunia dan lima daripadanya tergolong dalam 25 spesies monyet paling terancam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan