Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis jamin lindungi identiti

rakancop

KOTA KINABALU: Masyarakat awam disarankan untuk tidak berasa khuatir berhubung identiti atau maklumat aduan yang disalurkan kepada Rakan COP akan terus dilindungi.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu Superintenden M Chandra berkata, orang ramai tidak perlu berasa takut atau gusar menyalurkan maklumat memandangkan identiti mereka sentiasa dilindungi sebagai usaha pihaknya menangani jenayah dari masa ke semasa.

“Saya menasihatkan orang ramai untuk memain peranan memerangi jenayah di kawasan masing-masing menerusi penyertaan Rakan COP ini berikutan kita sentiasa akan melindungi identiti penyalur maklumat.

“Sehubungan itu, Rakan COP adalah amat efisien dalam usaha polis membanteras jenayah dengan cepat dan oleh demikian, saya menggalakkan orang ramai untuk menyertainya,” katanya di sini kelmarin.

Untuk rekod katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mencatatkan seramai 20,671 penyertaan Rakan COP di seluruh Sabah dan Chandra berharap jumlah itu akan meningkat kelak bagi membantu usaha pihak berkuasa menurunkan indeks jenayah di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Polis Bertemu Pelanggan anjuran IPD Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Chandra berkata pihak IPD Kota Kinabalu akan sentiasa melakukan pemantauan berterusan terhadap aktiviti gangsterisme yang dipercayai berasal dari negeri jiran.

“Meskipun terdapat aduan, aktiviti gangsterisme membabitkan mereka yang terlibat dari negeri jiran amatlah terpencil dan terkawal di Kota Kinabalu.

“Namun kita akan sentiasa memantau perkembangan mereka ini dan berharap pihak masyarakat membantu menyalurkan maklumat sekiranya berlaku insiden jenayah membabitkan golongan gangsterisme,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan