Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Jakarta rampas 1 tan ganja

9:48am 01/11/2016 Pak Roshan 0 views Global

ganja

Jakarta: Polis Indonesia berjaya merampas satu tan ganja selepas memintas sebuah lori kontena di plaza Tol Bambu Apus, Cipayung di Jakarta Timur kelmarin.

Jurucakap polis John Turman berkata, ganja itu berasal dari wilayah Aceh dan dibawa ke Jakarta untuk dipasarkan.

“Kami menjejaki pergerakan lori kontena ini sejak beberapa hari sebelum memintasnya di plaza tol berkenaan.

“Dadah ini berasal dari Aceh dan perjalanan dari wilayah itu ke Jakarta mengambil masa satu minggu,” katanya.

Menurutnya, susulan rampasan itu, polis turut menahan dua lelaki yang menjadi pemandu dan kelindan lori kontena berkenaan.

“Pemandu lori memberitahu dia dibayar Rp20 juta (RM6,438) untuk membawa ganja berkenaan ke Jakarta,” jelasnya.

Menurutnya, pihak polis kini membuat siasatan dan memburu seorang individu di Aceh yang mengirim ganja berkenaan.

“Kami juga menyiasat kepada siapa ganja ini dihantar,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan