Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Giat Jalan Rundingan Bebas Konstabel Zakia Aliep

rundinganzakah

KOTA KINABALU- Polis giat menjalankan rundingan dan kerjasama dengan pihak Filipina bagi membebaskan anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata setakat ini, perundingan antara pasukan keselamatan Filipina dengan kumpulan penjenayah terbabit masih berjalan bagi membebaskan mangsa.

“Kumpulan penjenayah ada menghubungi pegawai polis dan keluarga mangsa untuk proses rundingan pembebasan mangsa. Apa yang penting dia (Zakia) berada dalam keadaan selamat.

Saya tidak boleh memberi jaminan 100 peratus dia akan bebas sebelum hari raya tetapi kita akan cuba sedaya upaya. Saya juga tidak boleh menyatakan apa proses rundingan yang sedang atau telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Op Selamat’ 5/2014 Kontinjen Sabah di sini, Isnin.

Beliau berkata segala intipati rundingan tidak boleh didedahkan kepada umum atas faktor keselamatan tetapi usaha menyelamatkan Zakia berjalan lancar.

Dalam kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam, 12 Julai lepas itu, turut mengorbankan rakan sekerja Zakia, 26, iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, 32 tahun.

Sementara itu, beliau berkata tiada sebarang insiden buruk berlaku berdasarkan maklum balas yang diterima semua pihak termasuk golongan nelayan di kawasan perairan daerah terlibat semasa pelaksanaan perintah berkurung yang bermula Sabtu lepas.

Jalaluddin berharap keadaan terkawal akan berlanjutan meskipun tempoh berkurung ditarik balik pada 2 Ogos ini.

Mengenai pelancaran Op Selamat, katanya polis Sabah akan menempatkan pelbagai agensi keselamatan di 20 kawasan berisiko yang dikenal pasti di setiap daerah sepanjang operasi selama 15 hari bermula hari ini.

Beliau berkata pihaknya komited untuk memastikan penurunan kadar kemalangan dan kematian sepanjang operasi itu.

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata sebanyak 734 kes kemalangan direkodkan dengan 12 kes melibatkan kemalangan maut dan 13 jumlah kematian pada operasi tahun lepas berbanding 710 kes dengan tujuh kemalangan maut melibatkan sembilan kematian pada tahun sebelumnya.

Pada majlis itu, Jalaluddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isteri Zakia, Sharifah Erna Berson selain penyerahan borang balik kampung kepada setiap ketua polis daerah dan 14 agensi yang terlibat dalam Op Selamat.

Komen


Berita Berkaitan