Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis giat cari pemandu langgar lari

Beginilah keadaan kenderaan yang merempuh kedai billiard tersebut.
Beginilah keadaan kenderaan yang merempuh kedai billiard tersebut.

KENINGAU – Gara-gara hilang kawalan, sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki merempuh masuk ke dalam kedai di sini, serta mengakibatkan kecederaan serius pengunjung di premis itu.

Dalam kejadian itu semalam, mangsa, Wong Soon On, 37, mengalami retak pada bahagian pinggangnya setelah dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Gen2 dari arah sebuah pasar raya di pekan ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, dalam kejadian itu mangsa berada dalam kedai billiard tersebut semasa kenderaan yang dipandu oleh lelaki warga tempatan merempuh masuk kedai tersebut.

“Sejurus kejadian itu, pemandu kenderaan berkenaan telah meninggalkan tempat kejadian dan sehingga kini pemandu tersebut masih tidak dapat dikesan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan dipercayai dibawah pengaruh alkohol dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) APJ. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan