Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis gagalkan cubaan seludup kayu nibong

6:12pm 04/01/2016 Pak Roshan 180 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup 600 batang kayu nibong ke daerah ini serta menahan tiga lelaki dipercayai juragan dan dua warga Indonesia, Sabtu lepas.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, anggota PPM terserempak dengan dua bot nelayan dan sebuah bot jongkong sedang menunda kayu berkenaan yang dijadikan rakit.

“Kerana keadaan agak mencurigakan. Anggota PPM menjalankan pemeriksaan dan mendapati juragan bot nelayan gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran Jabatan Perhutanan Sabah untuk membawa 600 batang kayu nibong itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ekoran kegagalan menunjukkan dokumen atau permit kebenaran itu, Mohamad berkata, anggota PPM merampas kesemua kayu nibong yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menggunakan bot nelayan dan jongkong.

“Tiga juragan berumur lingkungan 18 hingga 57 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Jabatan Perhutanan,” katanya. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan