Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis, ESSCom Akrab, Adakan Pertemuan Hampir Setiap Minggu – Pesuruhjaya Polis Sabah

11:56pm 03/12/2015 Pak Roshan 61 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jalaluddin

KOTA KINABALU : Kedua-dua Unit Cawangan Khas daripada Kontinjen Polis Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mempunyai hubungan akrab dengan hampir setiap minggu mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama-sama.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hubungan antara kedua-dua unit itu juga adalah sangat baik selain mempunyai semangat setia kawan yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam menyampaikan apa jua pertukaran maklumat.

“Ada banyak maklumat diterima bukan sahaja daripada Unit Cawangan Khas ESSCom, (malah) tentera, polis dan pihak tertentu. Setiap maklumat itu dibincang bersama dan boleh dikatakan setiap minggu ada perjumpaan. Dan, maklumat itu sama sahaja,” katanya dalam sidang media Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Timbalan Pengarah Unit Cawangan Khas Datuk Dr Leong Chee Woh dalam akbar tempatan pada November lepas mengenai kedua-dua badan penting itu perlu bekerjasama jika mahu menentang ancaman jenayah rentas sempadan di Sabah.

Leong, yang bersara pada 1984, menyifatkan keadaan dimana kedua-dua unit itu tidak ‘bercakap’ antara satu sama lain adalah antara penyebab penjenayah selangkah ke depan dalam kegiatan jenayah mereka.

Bagaimanapun, Jalaluddin menafikan kenyataan itu dan menjelaskan dakwaan berkenaan adalah tidak benar memandangkan polis dan ESSCom mempunyai hubungan akrab.

“Bagi saya, beliau (Leong) sepatutnya memberi kata-kata semangat dan pandangan positif bukan pula mencari atau membuat andaian yang tidak sah,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan