Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Dubai tambah lagi kereta mewah

KERETA hibrid Porche 918 Spyder, kereta mewah terbaru milik polis Dubai dipamerkan di Pameran Kereta Antarabangsa, semalam.
KERETA hibrid Porche 918 Spyder, kereta mewah terbaru milik polis Dubai dipamerkan di Pameran Kereta Antarabangsa, semalam.

Dubai: Polis di sini menambah kereta mewah yang dimilikinya dengan yang terbaru, kereta hibrid Porche 918 Spyder menyertai pasukan berkenaan.

Kereta mewah mesra alam itu dipamerkan di Pameran Kereta Antarabangsa Dubai, semalam.

Ketua Polis Dubai, Mejar Jeneral Khamis Mattar Al-Mazeina berkata, kenderaan peronda mewah yang biasanya digunakan untuk meronda kawasan tumpuan pelancong itu dilengkapi teknologi dan kamera terkini.

Kenderaan itu juga dihubungkan secara elektronik dengan pusat kawalan Polis Dubai.

Menurutnya, penambahan kenderaan keselamatan mewah dalam pasukan polis Dubai menarik tumpuan media dunia.

April lalu, ia menambah tiga Porsche Panamera SE-Hybrid.

Khamis berkata, penambahan kereta hibrid itu menggambarkan komitmen polis Dubai terhadap alam sekitar.

Ia juga memiliki kereta terlaju Buggati Veyron sejak awal tahun ini. Kereta mewah lain yang dimiliki polis Dubai ialah Lamborghini Aventador, Ferrari FF, Chevrolet Camaro SS, Mercedes-Benz SLS AMG, Bentley Continental GT, edisi terhad Aston Martin One-77, Ford Mustang GT, BMW M6 Gran Coupé, a Brabus G63 AMG, Lykan HyperSport, Bugatti Veyron, Audi R8, Nissan GT-R, Mercedes-Benz SL63 AMG, McLaren MP4-12C, Hummer H3, Lexus GS dan beberapa yang lain. РAgensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan