Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS DIMINTA SIASAT INDIVIDU DIKATAKAN DALANG PENGEDARAN BORANG UNTUK PTI

Tiga sayap Upko Tuaran membuat laporan polis di IPD Tuaran hari ini meminta siasatan dijalankan terhadap individu yang dikaitkan dalam mesej tular di media sosial sebagai dalang kepada pengedaran borang untuk PTI. Gambar SNT/Ehsan Upko Tuaran

TUARAN: Tiga sayap Upko Tuaran – Komulakan, Pemuda dan Wanita – membuat satu lagi laporan polis hari ini memohon siasatan terhadap dakwaan yang tular di media sosial mengenai dalang disebalik isu pengedaran borang untuk pendatang tanpa izin (PTI).

“Kami minta pihak berkuasa menyiasat sejauh mana kebenaran mesej yang turut menamakan individu yang menjadi dalang pengedaran borang untuk PTI.

“Jikalau benar Upko Tuaran meminta agar tindakan segera diambil untuk membawa individu ini ke meja pengadilan,” kata mereka selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Tuaran hari ini.

“Sekiranya, individu tersebut menjadi mangsa fitnah mesej tular maka Upko Tuaran juga memohon agar polis ambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menularkan mesej berkenaan,” kata mereka.

Isu pengedaran borang kepada PTI kononnya untuk mendapat kad pengenalan menjadi panas baru-baru ini dan antara tempat yang didakwa menjadi pusat bagi pengedaran borang ini adalah Tuaran.

Sebaik sahaja menjadi tular, Upko Tuaran telah membuat laporan polis supaya hal ini disiasat dan seterusnya menafikan Upko dan pemimpinnya terlibat dalam perkara itu.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan