Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis digesa siasat video lelaki makan anak tikus

tikus

Britain: Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) mendesak pihak berkuasa menyiasat satu video di Internet menunjukkan seorang lelaki memakan anak tikus hidup-hidup.

Video berkenaan yang dimuat naik di LiveLeak menunjukkan seorang lelaki memasukkan seekor anak tikus ke dalam mulut dan terus mengunyahnya.

Lebih menjijikkan lagi isi perut anak tikus itu dilihat terpercik ke kamera ketika lelaki itu mengunyah haiwan berkenaan.

Lelaki itu kemudian dilihat hampir termuntah sebelum dia segera meneguk sebotol air.

Tindakan itu menyebabkan lelaki berkenaan dikritik teruk pengguna Internet yang menganggapnya sebagai kejam.

Pengarah PETA Britain, Mimi Bekhechi mendesak pihak berkuasa menyiasat lokasi video itu dirakam dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

“Lelaki ini mengalami masalah mental dan dia perlu dikeluarkan dari komuniti untuk kebaikan dirinya sendiri.

“Seseorang yang tergamak menghancurkan haiwan kecil yang tidak berdaya ini sudah pasti menimbulkan kebimbangan orang ramai,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan