Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Dan Agensi MKN Tingkat Kerjasama Kenal Pasti Musuh Dalam Selimut Di Sabah

10:59pm 02/12/2015 Pak Roshan 544 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

khalid

TAWAU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mempertingkatkan kerjasama dengan lebih agresif bagi mengenal pasti musuh dalam selimut yang menjadi ancaman utama keselamatan di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama itu sangat penting bagi memastikan semua dalang terbabit dapat dihapuskan satu persatu, sekali gus dapat mengenal pasti langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan lagi sistem keselamatan di Sabah.

“Kita sentiasa meningkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksana operasi yang lebih berkesan dan saling berkongsi pendapat bagi meningkatkan keberkesanan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifli Mohd Zin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan Kali Ke-71 di sini, hari ini.

Sementara itu, Khalid menafikan dakwaan konon berlakunya insiden empat lelaki disyaki bersenjata yang menyelinap masuk melalui perairan negeri Sabah dari Tawau.

“Jangan dengar khabar angin. Kalau ada kejadian seperti itu, Pesuruhjaya Polis Sabah yang akan umumkan dan jangan bertindak menghebahkan khabar angin, kerana ia satu kesalahan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan pembunuhan Bernard Then Ted Fen, Khalid berkata pihaknya sudah menghantar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan kesahihan mayat yang dijumpai di selatan Filipina adalah Bernard.

“Permohonan untuk ekstradisi dua suspek yang kini ditahan pihak berkuasa Filipina juga telah dikemukakan dengan meminta agar kedua-dua suspek terus ditahan sehingga proses tersebut selesai.

“Kes ini memakan masa kerana kita terpaksa melalui pelbagai saluran namun tindakan susulan akan terus dilakukan melalui Kementerian Luar Malaysia dan Filipina, dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan