Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Cuba Culik Budak Kerana Terlalu Comel

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Yoshioka, Jepun – Seorang anggota polis berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki cuba menculik seorang budak perempuan berusia 10 tahun.

Polis berkata, Nobuhiro Akiyama dituduh cuba melarikan kanak-kanak itu jam 4 petang pada 15 Januari lalu.

Jurucakap polis berkata, Akiyama menggunakan maklumat sulit mengenai keluarga kanak-kanak terbabit untuk memujuk mangsa menaiki keretanya.

“Akiyama tidak bertugas ketika dia menghampiri kanak-kanak itu yang berjalan bersama seorang rakannya.

“Dia memanggil kanak-kanak itu dengan nama pertama dan memberitahu kononnya bapa budak itu berada di hospital kerana terbabit dalam satu kemalangan jalan raya,” katanya.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana terus beredar dari situ.

Dia kemudian mengadu kepada ibunya mengenai kejadian berkenaan.

Kata jurucakap polis itu, siasatan menjadi lebih mudah kerana kanak-kanak terbabit memang sering melihat suspek meronda di kawasan kediaman mereka.

Sementara itu, ketika disoal siasat, Akiyama mendakwa dia hanya ingin berkenalan dengan kanak-kanak terbabit kerana terlalu comel. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan