Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Cari Amli Amjan Berhubung Kes RM80,000 Lesap

6:20pm 12/02/2016 Pak Roshan 1086 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis Kota Kinabalu sedang mencari seorang pemandu kepada seorang ahli perniagaan yang dipercayai melarikan wang tunai RM80,000 milik majikannya pada 4 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, suspek disyaki melarikan wang tunai yang disimpan dalam beg bimbit di dalam kereta majikannya itu selepas menghantar majikannya ke sebuah restoran untuk bersarapan pagi bersama rakan.

“Ahli perniagaan itu mengarahkan pemandunya untuk terus ke pejabat kerana beliau meminta rakannya menghantar ke pejabat selepas bersarapan, beliau kemudian menghadiri satu mesyuarat.

“Namun, selepas mesyuarat, beliau mendapati beg bimbit berisi wang tunai RM80,000 tidak ada di pejabat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata mangsa berumur 34 tahun itu ada menghubungi pemandunya beberapa kali tetapi panggilan itu tidak berjawab dan talian telefon dimatikan.

Mangsa kemudian pulang ke rumah dan mendapati kenderaan berada di rumah dan beg bimbit ada di dalam kenderaan, tetapi wang tunai dilarikan, katanya.

Sehubungan itu polis meminta Amli Amjan, 31, untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan orang ramai yang mengenali Amli diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Zulfairi di talian 013-2618487.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan