Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Buru Tiga Lelaki Rompak Pembekal Telefon Bimbit

4:44pm 14/06/2016 Pak Roshan 1169 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KINABATANGAN : Polis sedang memburu tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata terhadap seorang pembekal telefon bimbit di Jalan Kinabatangan-Lahad Datu berhampiran bulatan ke Sukau, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata kejadian berlaku selepas mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun dari Sandakan, memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membuang air kecil.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam berhenti di belakang kereta mangsa.

Katanya tiga lelaki kemudian keluar dari kereta berkenaan dan meluru ke arah mangsa, dengan dua daripada mereka bersenjatakan parang.

Beliau berkata mangsa diarahkan tunduk oleh salah seorang suspek, yang turut mengacukan parang di belakang lehernya.

Lelaki berkenaan memasuki keretanya sebelum melarikan diri dengan memandu ke arah Lahad Datu, katanya dalam kenyataan hari ini.

A. Sahak berkata mangsa kemudian masuk ke dalam keretanya dan mendapati barang miliknya iaitu empat kotak berisi 400 unit telefon bimbit jenama Nokia dan wang tunai RM4,500 dilarikan.

Katanya mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kinabatangan di talian 089-561890.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan