Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis buru suspek mencuri wang bernilai RM100 ribu milik warga emas

6:15pm 25/05/2016 Leolerry Lajius 153 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suspek yang telah mencuri wang tunai berjumlah RM100 ribu milik seorang warga emas berusia 60 tahun selepas wanita itu mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Api-api Centre, di sini, kelmarin.

Wanita tersebut telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang berlaku di Lampu isyarat Bangunan Wawasan Plaza Kota Kinabalu, di mana cermin kereta pengadu telah di pecahkan oleh dua orang lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal dan mengambil satu sampul surat yang berisi wang tunai di sebelah pemandu dan terus melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra,  pengadu telah menyimpan wang tunai tersebut di dalam satu sampul surat dan beredar dari bank dengan menaiki kenderaan pengadu jenis perodua Kembara.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah motosikal dengan dinaiki oleh dua orang suspek di mana salah seorang suspek terus memecahkan cermin kereta pengadu di sebelah penumpang hadapan dan terus mengambil sampul surat yang berisi wang tunai dan terus melarikan diri.”

“Diskripsi suspek adalah dua orang lelaki berpakaian kemas di mana penunggang memakai helmet berwarna putih dan pembonceng helmet berwarna hitam dan motosikal yang digunakan dipercayai motosikal jenis Yamaha LC cover berwarna putih,”katanya.

Tambah Chandra, modus operandi suspek adalah masuk ke dalam bank dengan berpakaian kemas dan meninjau keadaan di dalam bank serta pelanggan yang mengeluarkan wang tunai yang banyak. Kemudian suspek akan mengikuti mangsa ke sesuatu lokasi yang sesuai untuk melakukan jenayah.

“Justeru saya menyeru agar pihak bank menyediakan satu tempat bagi pengeluaran wang jika pelanggan ingin mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak dan orang ramai yang ingin berurusan dengan pihak bank harus memastikan mereka mempunyai teman,”katanya.

Pihak polis telah menubuhkan satu  team ‘Task Force’ untuk mengesan dan menangkap kedua-dua suspek berdasarkan rakaman CCTV yg diperolehi.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kes ini, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp. Mohanadass A/L Ganeson di talian 016-4414939 atau HOTLINE IPD Kota Kinabalu di talian 088 318843.

Kes diklasifikasi di bawah Sek. 379 Kanun Keseksaan di bawah kesalahan mencuri.-Oleh Loelerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan