Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis buru lelaki rogol gadis bawah umur

Douglas bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau Asisten Superitendan Lee Nyuk Kim (kanan) dalam sidang media di IPD Keningau. - foto Kalawon Sawing
Douglas bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau Asisten Superitendan
Lee Nyuk Kim (kanan) dalam sidang media di IPD Keningau. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 19 tahun, dipercayai merogol seorang gadis bawah umur di sebuah penginapan di pekan ini pada 23 Februari lalu pada kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, walau bagaimanapun laporan polis hanya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau kira-kira pukul 2.42 petang pada 4 Mac lalu oleh ibu mangsa.

Menurut Douglas, gadis berumur 16 tahun itu merupakan pelajar di sebuah di daerah ini telah memberitahu ibunya bahawa pada 22 Februari pukul 1 petang, mangsa telah dirogol oleh kawan lelakinya sebanyak dua kali di sebuah rumah penginapan di Pekan Keningau.

“Mangsa telah dirujuk di Hospital Keningau untuk pemeriksaan, sementara suspek telah dikenal pasti dan kini diburu oleh polis,” katanya dalam sidang media di IPD Keningau, di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, Douglas berkata, akibat pengaruh alkohol, seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun dilaporkan telah di rogol oleh lima pelajar lelaki berumur antara 14 hingga 15 tahun dari sekolah yang sama dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik bapa seorang suspek di sebuah taman rekreasi sini pada Ahad lalu.

Kataya, polis menangkap kelima-lima suspek itu di bilik Pejabat Penolong Kanan sekolah berkenaan pada keesokan harinya kira-kira pukul 11.30 pagi selepas menerima laporan kakak mangsa bahawa berlaku sesuatu terhadap adik pengadu yang ditahan di wad hospital Hospital Keningau.

“Sebelum kejadian kelima-lima suspek mengajak  mangsa dan seorang lagi pelajar perempuan mangsa dipercayai meminum minuman keras di taman berkenaan. Akibatnya, mangsa dan tidak sedarkan diri kemudian dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir,” ujarnya.

Katanya, suspek dan seorang lagi pelajar perempuan rakan mangsa yang disyaki bersubahat  ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan