Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis buru banduan lari dari mahkamah

10:20am 15/06/2016 Pak Roshan 3520 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

15jenayah.transformed

TAWAU: Polis giat memburu seorang tahanan jenayah yang melarikan diri dari Mahkamah Tawau di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, Faizal Iman, 36, melarikan diri ketika hendak memasuki lori di kawasan mahkamah untuk dihantar ke Penjara Tawau.

Berikutan itu, gerakan mengesan suspek dilancarkan serta-merta di sekitar bandar ini, selain mendapatkan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran.

Ketika melarikan diri, lelaki berasal dari Kampung Aman Jaya, Semporna itu memakai baju merah hati dan seluar pendek coklat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata polis melancarkan Ops Tutup bagi mengesan suspek, selain membuat hebahan dan mengedarkan gambar lelaki berkenaan kepada anggotanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 089-772121,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Suspek mempunyai ketinggian 1.58 meter, berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan gempal.

Difahamkan, suspek dibawa ke mahkamah bagi menjalani prosiding berhubung kes rogol dihadapinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari daripada tahanan yang sah di sisi undang-undang. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan