Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis buru 4 individu lakukan rompakan bersenjata

Awang Besar (tengah) menunjukkan baki wang yang berjaya dirampas semula dalam kes itu. - foto Masani Sandan
Awang Besar (tengah) menunjukkan baki wang yang berjaya dirampas semula dalam kes itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Seorang lelaki ditahan manakala empat lagi rakannya kini diburu polis, dipercayai melakukan rompakan bersenjata kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah syarikat di Jalan Dominic, awal pagi Selasa,

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, lelaki berkenaan berjaya ditahan20 jam selepas pengadu yang juga pengawal syarikat berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku.

Menurutnya, suspek, 20, yang juga warga tempatan dan seorang penganggur didapati positif dadah, berjaya ditahan hasil laporan dan maklumat awam pada pukul 8 malam hari sama di kawasan bandar.

Dalam kejadian itu, pengadu bersama seorang lagi rakannya yang juga pengawal keselamatan ketika itu sedang bertugas sebelum didatangi lima lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang serta menggunakan topeng.

“Seorang daripada suspek mengacukan parang kepada kedua-dua pengawal berkenaan manakala empat lagi rakannya bertindak masuk ke dalam bangunan syarikat pembinaan berkenaan. Antara barangan yang diambil oleh suspek dalam kejadian itu kad pengenalan pengadu, dua telefon bimbit, memori kad, wang tunai RM200 milik pengadu serta RM7,000 wang tunai milik syarikat yang diletak di dalam laci,” katanya.

Awang berkata, hasil penahanan suspek itu pihaknya berjaya merampas kembali beberapa barangan yang telah dirompak manakala wang tunai RM7,000 telah dibelanjakan.

“Suspek telah membeli telefon bimbit dan beg manakala bakinya sebanyak RM2,000 telah dimasukkan dalam akaun bank suspek itu sendiri dan hanya berbaki RM2,050 dalam simpanan yang telah dirampas,” ujarnya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – oleh Masani Sandang / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan