Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis berjaya tumpas Geng Ibob

1:05pm 20/11/2015 Dewiana Tinggolongon 398 views Jenayah

polis

KOTA KINABALU- Polis berjaya menumpaskan tiga orang ahli ‘Geng Ibob’ yang aktif melakukan kegiatan mencuri motorsikal di sekitar kawasan Putatan.

Sekumpulan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis penampang dengan bantuan Cawangan Pencegahan Jenayah balai Polis Inanam telah menahan tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu sindikit pencurian motorsikal.

Ketiga-tiga suspek yang berada dalam lingkungan umur 16 hingga 21 tahun itu ditangkap polis setelah mendapat aduan bahawa mereka terlibat  aktif mencuri motorsikal sejak awal tahun ini.

 Ketua Polis Daerah Penampang Superitendan Rosley Hobden berkata daripada tangkapan itu, polis berjaya merampas enam rangka motorsikal di rumah suspek dan satu di kawsan Hutan di kampung Lembising Putatan.

Selain itu, polis juga merampas komponen-komponen motorsikal yang dipercayai dicuri oleh suspek berkenaan.

“Jumah anggaran nilai rampasan ini sebanyak RM5,000,” katanya dalam satu sidang media di mengenai kejayaan tangkapan dan rampasan sindiket curi motor di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, hari ni (Jumaat).

Difahamkan, modus operandi kumpulan terbabit ialah mereka menaiki dua buah motorsikal dan mencari sasaran di kawasan perumahan atau premis perniagaan.

“Seseorang suspek akan mematahkan handle motorsikal dan memotong wayar untuk menghidupkan enjin.

“Motorsikal yang yang dicuri kemudian dibawa ke dalam hutan Lembising sebelum part motorsikal dibuka dan dijual sebagai alat ganti motorsikal di kedai-kedai tertentu,” ujarnya lagi.

Rosley berkata, kegiatan mencuri motorsikal berkenaan bukan disebabkan keadaan suspek yang hidup susah atau terlibat dalam kegiatan Mat Rempit tetapi ia disebabkan tindakan suka-suka dan nakal untuk mencuri dan mendapatkan duit sendiri.

Katanya, hasil tangkapan dan  rampasan itu dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes kecurian motorsikal di daerah Penampang dan Putatan.

Sementara itu, beliau turut menasihati agar orang ramai yang memiliki kenderaan agar memasang alarm pada kereta masing-masing dan menggunakan  rantai keselamatan bagi yang menggunakan motorsikal.

Selain itu,  elakkan meletakkan kenderaan di kawasan yang gelap dan sunyi terutamanya pada waktu malam bagi mengelakkan kecurian berlaku.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan