Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis berjaya merampas 6,612 gram syabu

11:50am 14/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 789 views Jenayah,Tempatan
Awang (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang berjaya dirampas dalam sidang media disini, hari ini.

Awang (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang berjaya dirampas dalam sidang media disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Polis menahan lima orang warga tempatan termasuk seorang wanita dan merampas 6,612 gram dadah jenis syabu yang bernilai RM 522,000.00 dalam dua serbuan berasingan di Kota Kinabalu dan Sandakan, 12 April yang lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer, kesemua suspek yang ditahan itu berusia dalam lingkungan umur 30 hingga 50 tahun dan disyaki terlibat dalam sindiket kegiatan pengedaran dadah.

Katanya, aktiviti pengedaran itu terbongkar setelah pihak polis menahan seorang wanita bersama sebuah kotak yang mengandungi lapan bungkusan berisi dadah jenis syabu seberat 6,216 gram pada jam 6 petang, di Terminal Bas Inanam, disini, 12 April yang lalu.

“Soalsiasat yang dijalankan ke atas suspek membolehkan pihak polis berjaya menangkap dua orang suspek di sini dan dua orang suspek di Sandakan,”katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, disini, hari ini.

Disamping itu, pihak polis turut berjaya merampas 400 gram syabu susulan penangkapan dua orang suspek di sandakan pada hari yang sama.

Tambahnya, kelima- lima suspek disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran itu sejak setahun yang lalu. Manakala, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Antara bungkusan dadah yang ditunjukkan semasa sidang media, disini hari ini.

Antara bungkusan dadah yang ditunjukkan semasa sidang media, disini hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan