Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Beluran Rampas 53 Gram Syabu Daripada Penunggang Motosikal

7:26pm 01/03/2016 Pak Roshan 683 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

BELURAN : Polis merampas 53.19 gram dadah disyaki syabu bernilai RM6,000 selepas menahan seorang penunggang motosikal berusia 50 tahun di kilometer 83 Jalan Nangoh-Paitan dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata dalam kejadian pada pukul 11 pagi, lelaki yang tiada pekerjaan itu cuba melarikan diri ketika diperiksa anggota polis tetapi berjaya ditangkap.

Setelah disoal siasat, lelaki itu mengeluarkan sampul surat yang disembunyikan di bawah tempat duduk motosikal tersebut, katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menjumpai 15 paket yang berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan