Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Belgium tahan tujuh suspek serangan

10:12am 26/03/2016 Pak Roshan 1 views Global
PENDUDUK Islam Brussels mendengar khutbah oleh khatib Mouhameth Galaye sebelum solat Jumaat di Masjid Jamik Brussels, semalam. Ia Jumaat pertama selepas serangan pengganas di bandar raya itu.

PENDUDUK Islam Brussels mendengar khutbah oleh khatib Mouhameth Galaye sebelum solat Jumaat di Masjid Jamik Brussels, semalam. Ia Jumaat pertama selepas serangan pengganas di bandar raya itu.

Brussels: Polis Belgium menahan tujuh individu dalam beberapa serbuan kelmarin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan bom oleh militan Daish di Brussels.

Pejabat pendakwa raya persekutuan berkata, enam orang ditahan ketika pemeriksaan di kejiranan Schaerbeek di utara dan Jette di barat Brussels serta di tengah ibu kota berkenaan.

Stesen penyiaran RTBF melaporkan, lelaki ketujuh ditahan di daerah Forest di Brussels pada awal pagi semalam.

Sekumpulan militan Daish meletupkan diri mereka di lapangan terbang Brussels dan di stesen metro pada Selasa lalu, menyebabkan 31 orang terbunuh.

Serangan paling buruk dalam sejarah Belgium itu juga menyebabkan kira-kira 270 orang cedera.

Akhbar De Standaard melaporkan, polis semalam menahan seorang lelaki yang dirakam berjalan bersebelahan dua penyerang berani mati di terminal lapangan terbang.

Pendakwa raya tidak mengesahkan penahanan itu dan tidak dipastikan sama ada lelaki itu antara tujuh suspek yang ditahan.

Serangan di Brussels, bandar yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

Kejadian itu juga mencetuskan persoalan mengenai kemampuan negara EU bertindak balas dengan efektif dan selaras terhadap ancaman kumpulan Daish.

Daish juga mengaku melancarkan serangan terancang di beberapa lokasi Paris, Perancis pada November lalu yang menyebabkan 130 orang maut. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan