Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Bantuan SESB berkas suspek pencuri kabel tembaga

SESB

TAWAU: Seorang lelaki warga asing, 20-an yang disyaki cuba mencuri peralatan dan kabel tembaga di dalam pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Batu 3 Jalan Apas, diberkas sepasukan Polis Bantuan SESB sekitar jam 5 petang pada Selasa lalu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Muhamad Nazri Pazil berkata, suspek dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel turut dirampas serta diserahkan kepada balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Ketika itu, suspek bersama seorang rakan sejenayahnya dipercayai cuba mencuri di dalam pencawang elektrik tetapi salah seorang daripadanya berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Nazri berkata, sejak bulan Oktober lalu, pihaknya merekodkan sebanyak 11 kes pencerobohan di dalam pencawang elektrik dan mengakibatkan kerugian lebih kurang RM300, 000.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai dan pengguna untuk menghubungi talian Polis Bantuan SESB di 088-282455 sekiranya terlihat individu mencurigakan atau bukan anggota kerja SESB berada di dalam kawasan pencawang elektrik.-Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan