Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Bantuan Perlu Waspada Terhadap Ancaman Jenayah Di Kawasan ESSZone

1:07pm 07/11/2015 Pak Roshan 419 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis bantuan terutamanya yang bertugas di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) diminta berwaspada terhadap segala ancaman termasuk jenayah rentas sempadan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata, kewujudan polis bantuan menerusi sektor korporat dan swasta itu dilihat mampu membantu perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau keadaan di kawasan itu bagi memastikan keselamatan perairan di negeri ini terus terjamin.

“Polis bantuan perlu menjadi ‘mata dan telinga’ PDRM dengan bekerjasama menyampaikan maklumat berkaitan kes jenayah,(dan) sekiranya terdapat perkara yang meragukan (agar) segera maklumkan kepada kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis tamat latihan polis bantuan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 101 polis bantuan daripada 10 agensi termasuk Universiti Malaya dan Asian Supply Base Sdn Bhd menamatkan latihan selama sembilan minggu di Pulapol.

Menyentuh mengenai majlis itu, Awang Sahari berkata anggota polis bantuan terbabit bakal bertugas di agensi masing-masing dengan menggalas tanggungjawab kepolisan.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan