Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Ambil Keterangan Dr Mahathir Mengenai Dakwaan Kenyataan Fitnah

7:08pm 06/11/2015 Pak Roshan 146 views Mutakhir,Nasional

mahathir_M

KUALA LUMPUR : Sepasukan pegawai polis hari ini mengambil keterangan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan berunsur fitnah.

Mereka berjumpa Dr Mahathir selama 45 minit mulai 11 pagi di pejabat beliau di Yayasan Al-Bukhary di sini.

Mereka bertanya Dr Mahathir tentang kenyataan dibuatnya, termasuk kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada perhimpunan Bersih 4 Ogos lepas.

Menjawab soalan pemberita sebelum beliau meninggalkan pejabatnya pada 1.15 tengah hari, Dr Mahathir berkata beliau “tidak menapis suatu apa pun” ketika disoal pasukan pegawai polis itu.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla Abdulla, yang mengetuai pasukan peguam Dr Mahathir, berkata tiga pegawai polis daripada Bukit Aman mengambil keterangan bekas perdana menteri itu.

“Kami menasihati beliau supaya tidak menjawab sesetengah soalan dan Dr Mahathir memberi jawapan secara ringkas sahaja. Ia berjalan dengan sangat lancar,” katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada polis akan mengambil keterangan daripada Dr Mahathir sekali lagi, peguam itu berkata: “itu kami tak tahu, tapi untuk hari ini, ia selesai…kami tidak nampak sebarang sebab bagi polis untuk menyoal beliau lagi”.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan