Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pokok ‘tumbuh’ di bonet kereta

POKOK yang terpacak di depan kereta Christy.
POKOK yang terpacak di depan kereta Christy.

Roselle (Amerika Syarikat): Bagi kebanyakan anggota polis, mereka memerlukan latihan khas untuk mengesan pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.

Bagaimanapun, seorang wanita memudahkan tugas pihak berkuasa apabila dia ditangkap dengan sebatang pokok setinggi lima meter terpacak pada bonet keretanya.

Polis menahan Maryann Christy, 54, di Roselle, berhampiran Chicago, selepas menerima laporan daripada beberapa penduduk yang bimbang setelah melihat pokok itu pada kereta wanita berkenaan.

Apabila memeriksa keretanya, polis juga mendapati kedua-dua beg udara kenderaan itu terkeluar, mungkin kesan daripada melanggar pokok.

Menurut polis, ketika ditahan, Christy berbau arak dan gagal ujian pernafasan sebelum mereka menahannya.

Christy memberitahu polis, dia tidak ingat dengan tepat tempat dia melanggar pokok berkenaan tidak jauh dari kediamannya.

Wanita itu akan didakwa di mahkamah pada April depan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan