Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pokok kurma di Putrajaya berbuah

POKOK kurma ini pertama kali berbuah sejak ia ditanam kira-kira empat tahun lalu. – Foto ihsan Perbadanan Putrajaya

 

PUTRAJAYA: Beberapa pokok kurma yang ditanam di sekitar Persiaran Persekutuan, Presint 1 di sini, dilihat mula mengeluarkan buah.

Jurucakap Perbadanan Putrajaya (PPj), ketika dihubungi berkata pokok kurma berkenaan pertama kali berbuah sejak ia ditanam kira-kira empat tahun lalu.

“Ia ditanam untuk menaiktaraf landskap di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di sini dan terdapat kira-kira 41 pokok kurma ditanam di sekitar Putrajaya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, PPj melalui laman sosial Facebooknya memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan pokok itu mula mengeluarkan buah berwarna kehijauan.

“Salam Ramadan hari ke-10. Alhamdulillah bumi Putrajaya makmur dan subur. Pohon kurma yang ditanam di sekitar Putrajaya telah berbuah. Boleh tahan lebat dan saiz buahnya besar juga, tak lama lagi masaklah.

“Pohon kurma ini sebahagian daripada elemen tanaman landskap yang menghiasi jalan protokol di Putrajaya.

“Kebetulan Team (kumpulan) Penyelenggaraan Landskap melaksanakan kerja-kerja rutin dan pemantau ternampak, so (jadi) mereka rakam dan kongsi untuk tatapan semua,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebook, Perbadanan Putrajaya. – BH ONLINE

POKOK kurma ditanam untuk menaiktaraf landskap di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Komen


Berita Berkaitan