Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pokok jatuh tingkat empat tembusi bumbung suria kereta

9:59am 07/01/2016 Pak Roshan 382 views Global
SEORANG wanita merakamkan gambar pokok yang terjatuh dan terus menembusi bumbang suria kereta.

SEORANG wanita merakamkan gambar pokok yang terjatuh dan terus menembusi bumbang suria kereta.

Foshan (China): Pemilik sebuah kereta mewah di bandar ini sangat bernasib baik selepas sebatang pokok yang jatuh dari tingkat empat sebuah bangunan terus masuk melalui bumbung suria kenderaan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan utiliti sukan BMW berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk.

Kejadian itu pada mulanya mengelirukan orang ramai yang terkejut melihat sebatang pokok keluar dari bumbung suria kenderaan berkenaan yang dipakir di bawah sebuah bangunan di sini.

Beberapa pejalan kaki juga dilihat merakam gambar kenderaan itu kerana menyangka ia mungkin satu promosi mengenai alam sekitar.

Bagaimanapun, tukang kebun bangunan itu datang dan memberitahu pokok yang ditanam di dalam pasu berkenaan sebenarnya terjatuh dari tingkat empat.

Dia kemudian menunggu pemilik kereta itu tiba untuk membayar ganti rugi dan mengeluarkan pokok berkenaan dari kenderaan itu.

Gambar pokok itu yang masih berada di dalam kereta BMW berkenaan turut menjadi viral di media sosial di China dan ramai beranggapan lelaki itu sangat bernasib baik. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan