Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,297

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pokok bersejarah tumbang

10:39am 11/01/2017 Pak Roshan 881 views Global

GAMBAR fail, pokok yang dikatakan berusia lebih 1,000 tahun sebelum ia tumbang Ahad lalu. – Agensi

Los Angeles: Ribut petir yang membadai California Utara beberapa hari lalu menumbangkan pokok bersejarah yang menjadi tarikan pelancong kerana batangnya yang berlubang sehingga membolehkan kereta dipandu menerusinya.

Dipercayai berusia lebih 1,000 tahun, pokok yang diberi nama Pioneer Cabin di Taman Pokok Besar Calaveras tumbang Ahad lalu, kata pegawai taman, selepas ia tidak dapat bertahan angin kencang dan hujan lebat.

Pokok itu yang juga digelar pokok terowong dilubangkan pada 1990-an selepas terdapat lubang kecil pada pangkalnya dan sejak itu ia menjadi tarikan utama pelancong.

Seorang sukarelawan di taman itu, Joan Allday berkata, pokok berkenaan semakin lemah dan condong sejak beberapa tahun lalu.

Pokok berkenaan tumbang ketika ribut petir melanda utara California dan negeri Nevada hujung minggu lalu yang menyebabkan banjir, bekalan elektrik terputus dan tanah runtuh di beberapa kawasan. – AP/HMetro

KEADAAN pokok itu selepas ia tumbang akibat dipukul angin kencang. – Agensi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan