Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pokok ‘ajaib’ keluarkan 40 jenis buah berbeza setahun

pokok ajaib

NEW YORK – Seorang pemahat dan pelukis dari Universiti Syracuse di sini, berjaya menghasilkan sebatang pokok ‘ajaib’ yang mampu mengeluarkan kira-kira 40 jenis buah yang berbeza sepanjang tahun.

Pokok yang dipanggil ‘The Tree of 40 Fruits’ itu dihasilkan Sam Van Aken, dan didapati mampu mengeluarkan buah pic, plum, aprikot, nektarin (menyamai pic) dan ceri pada kebanyakan masa sepanjang tahun ini selepas dihasilkan menerusi kaedah kacukan.

Malah, setakat ini, terdapat 16 pokok-pokok ajaib itu yang boleh didapati di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat (AS) termasuk Santa Fe, New Mexico; Short Hills, New Jersey; Louisville, Kentucky dan Pound Ridge, New York.

Semasa musim bunga, daun-daun pokok yang berkembang itu menghasilkan gabungan warna memukau seperti merah, merah jambu, putih dengan setiap pokok menunjukkan ciri-ciri tersendiri pemilihan buahnya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan