Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pokemon Go boleh cetus ancaman keselamatan negara

7:45pm 08/08/2016 Pak Roshan 488 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Mutakhir

pokemon

JOHOR BAHRU: Maklumat dalam aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan (AR), Pokemon Go boleh dimanipulasi pihak tertentu sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit Komunikasi Web) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Nor Azman Ismail, berkata bagaimanapun belum ada bukti sahih berhubung penyalahgunaan atau maklumat dimanipulasi pihak yang membangunkan permainan berkenaan.

Katanya, walaupun tiada bukti sahih beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu (data dalam permainan dimanipulasi) boleh dilakukan pihak tertentu atau pembangun permainan terbabit.

“Antara isu hangat diperkatakan berhubung Pokemon Go sememangnya berkenaan privasi dan keselamatan berikutan permainan itu memerlukan pengguna merakamkan gambar menerusi kamera yang turut disambungkan dengan talian internet.

“Ia boleh direkod dan tidak menolak kemungkinan berlaku kebocoran maklumat dan atas sebab itu ada sesetengah negara mengambil langkah mengharamkan terus permainan itu untuk masuk ke negara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Canseleri UTM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pusat Kecemerlangan Media dan Inovasi Permainan (MaGIC-X), Prof Madya Dr Mohd Shahrizal Sunar dan Felo Akademik Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM, Dr Mohd Murtadha Mohamad.

Nor Azman berkata, pihaknya turut mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji lebih mendalam kesan aplikasi permainan itu kepada rakyat negara ini selain daripada tindakan tapisan dan mengehadkan penggunaannya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan