Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POIC Lahad Datu mampu jadi pemangkin kemasukan pelabur ke Sabah

KOTA KINABALU: Pelabuhan Kontena Palm Oil Cluster (POIC) Lahad Datu, dijangka akan menjadi salah satu pemangkin bagi menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur-pelabur tempatan dan asing ke Sabah khususnya dalam sektor perindustrian, selaras dengan usaha merealisasikan matlamat mencapai status negeri maju.

Menteri pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, pelabuhan kontena ini merupakan pemangkin pembangunan utama untuk menyokong pelbagai aktiviti perindustrian.

“POIC ini juga mampu memenuhi keperluan dan permintaan logistic pelabur-pelabur yang berpotensi selain kemudahan-kemudahan yang telah disediakan sebelum ini seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, sistem pembentungan dan telekomunikasi, rek-rek paip serta jeti pukal dan jeti cecair,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, POIC ini telah mendapat peruntukan kewangan dari Kerajaan Persekutuan dan sedang dalam proses pembinaan serta dijangka siap pada tahun 2018.

“Kemudahan ini mempunyai kapasiti pengendalian sebanyak 50,000 TEUs (initial capacity) setahun dan berkeupayaan melabuhkan kapal Panamax berkapasiti 65,000 DWT (Deadweight Tonnage),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bongawan Datuk Mohamad Bin Haji Alamin yang bertanyakan mengenai status terkini tahap kemajuan pembinaan POIC ketika Persidangan DUN ke-14 Negeri Sabah, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan