Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pogba sah milik United

9:01am 09/08/2016 Pak Roshan 139 views Mutakhir,Sukan,Sukan Luar Negara
Paul Pogba melengkapkan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United sebentar tadi. - Foto http://www.manutd.com/

Paul Pogba melengkapkan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United sebentar tadi. – Foto http://www.manutd.com/

MANCHESTER: Pemain tengah Perancis, Paul Pogba melengkapkan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United sebentar tadi, umum kelab Liga Perdana itu tanpa menyatakan berapa bayaran perpindahan yang sebelum ini dilaporkan media sebagai rekod dunia.

Pogba tiba di kompleks latihan United untuk menjalani pemeriksaan perubatan pada semalam. Dia meninggalkan Manchester bagi menyertai juara Serie A dengan perpindahan percuma pada 2012. United berkata dia menandatangani kontrak lima tahun.

Media Britain berkata United bersetuju membayar Juventus rekod perpindahan dunia 89 juta pound (RM467.59 juta) bagi Pogba, tidak termasuk bayaran ejen. – AFP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan