Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pocong bantu kempen keselamatan jalan raya

SEKUMPULAN ‘pocong’ dan ‘pontianak’ memegang sepanduk ketika menyertai kempen keselamatan jalan raya.
SEKUMPULAN ‘pocong’ dan ‘pontianak’ memegang sepanduk ketika menyertai kempen keselamatan jalan raya.

Padang: Sekumpulan anggota polis di daerah Padang Pariaman memakai kostum pocong dan pontianak sebagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya.

Kumpulan itu yang lengkap dengan solekan mengerikan berdiri di tepi jalan raya sambil memegang sepanduk meminta pemandu mematuhi undang-undang jalan raya.

Jurucakap polis Padang Pariaman, Aris Chai berkata, aksi pocong ini memberi mesej kepada pengguna mengenai kadar kemalangan maut yang tinggi di daerah itu.

“Kami mahu memberi amaran kepada pemandu supaya mereka tidak menjadi seperti pocong ini (mayat).

“Kami juga mahu mengingatkan pengguna jalan raya supaya menyayangi nyawa mereka,” katanya.

Dia berkata, pihaknya sudah beberapa kali menggunakan kostum pocong dalam kempen keselamatan jalan raya dan ia berjaya menarik perhatian pengguna. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan