Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PNK perlu main peranan dalam tingkatkan sosioekonomi nelayan- Yahya

KUNJUNGAN…Yahya menerima cenderamata daripada Haji Mohd.Yusof setelah menerima kunjungan hormat ahli lembaga pengarah PNK Kuala Penyu dan PNK Papar di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, disini, semalam
KUNJUNGAN…Yahya menerima cenderamata daripada Haji Mohd.Yusof setelah menerima kunjungan hormat ahli lembaga pengarah PNK Kuala Penyu dan PNK Papar di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, disini, semalam

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menyeru Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di negeri ini memainkan peranan berkesan dalam membantu meningkatkan sosio-ekonomi nelayan.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat ahli lembaga pengarah PNK Kuala Penyu dan PNK Papar di pejabatnya, di Wisma Pertanian, sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri, Dr Ahemad Sade, Penolong Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sabah, Puan Saliah Haji Mudin, Pengerusi PNK Kuala Penyu, Haji Mohd.Yusof Mohammad, dan Pengerusi PNK Papar, Encik Abu Bakar Jamil.
Beberapa isu turut dibangkitkan dalam kunjungan itu termasuk pencerobohan bot pukat tunda, isu pampasan dan ganti rugi daripada kewujudan operasi SOGT di Teluk Kimanis, Papar.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan