Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PMR akan beroperasi di UTC Sabah

Kota Kinabalu : Pusat Maklumat Rakyat (PMR) kendalian Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bakal beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah dalam masa terdekat.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Nadzerah Abdullah, usaha tersebut adalah pendekatan baharu jabatan berkenaan ke arah mentransformasikan perkhidmatan kepada rakyat di bawah satu bumbung bersama-sama UTC melalui inisiatif Starategi Lautan Biru Kebangsaan (Nbos).

“Kolaborasi strategik antara JaPen dengan Unit Strategi Nasional (NSU) telah diperkenalkan pada 15 Februari 2016 ke arah meningkatkan penyampaian maklumat merentasi agensi.

“Ia termasuk kemudahan komputer dan internet percuma untuk berurusan atau mendapat maklumat terhadap dasar-dasar kerajaan secara bersemuka dan atas talian,” jelasnya ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling di sini, pada Khamis.

Katanya, kunjungan itu juga bertujuan untuk menyelaraskan isu-isu pelaksanaan merangkumi perjawatan, aset, kos operasi dan sumber manusia serta waktu anjal pengoperasian pusat berkenaan.

PMR tersebut merupakan yang kelima beroperasi selepas pelaksanaan Fasa I meliputi UTC Perak, UTC Johor, UTC Pahang serta UTC Selangor yang dibuka pada tahun lepas.

Usaha seumpama turut dilaksanakan di UTC Sarawak di bawah Fasa II sehingga November ini, disusuli UTC Penang, UTC Kedah dan UTC Melaka dalam Fasa III pada tahun depan./Penerangan-

BINCANG…Nadzerah (empat dari kanan) sedang berbincang dengan Swady (tengah) dan Timbalannya, Supian Musa (lima dari kanan).

Komen


Berita Berkaitan