Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PMMI bantu golongan belia mendapatkan pekerjaan

4:14pm 25/11/2015 Leolerry Lajius 11 views Tempatan

KOTA KINABALU: Program Memperkasa Modal Insan (PMMI) di bawah kendalian Kem Transformasi Minda Belia  salah satu inisiatif untuk memotivasi para belia agar berkecimpung dalam dunia keusahawanan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan  Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata, inisiatitf itu adalah langkah untuk membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan.

“Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) khas untuk belia di luar sistem pendidikan juga akan diperluaskan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik,”katanya dalam sidang  di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Rabu).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Charles O Pang Su Pin (BN-Karamunting) yang ingin tahu apakah perancangan kerajaan untuk membuka peluang kepada para penganggur di kalangan graduan untuk mencari pekerjaan di negeri ini.

Hamisa berkata, kerajaan juga turut mengadakan kolaborasi dengan syarikat-syarikat tempatan dan menganjurkan Program Kembara Kerjaya dan Karnival Pekerjaan di setiap Daerah melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan agensi yang berkaitan yang menawarkan peluang pekerjaan.

Tambah beliau Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga telah mentauliah sebanyak 98 pusat bertauliah di negeri ini yang menawarkan 262 program merangkumi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) boleh diikuti oleh graduan untuk mendapatkan kemahiran yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Dtk-Hamisa-Samat

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan