Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PMBS beri tumpuan kepada pembangunan ilmu dan penyelidikan

10:36pm 10/09/2016 Leolerry Lajius 3 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS), akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan ilmu dan penyelidikan dalam kalangan masyarakatnya.

Presidennya Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif berkata, persatuan itu juga akan menjalin hubungan dengan persatuan-persatuan suku kaum lain yang terdapat di negeri ini.

“Saya yakin dengan adanya jalinan kerjasama ini, ia akan dapat mengeratkan lagi silaturahim masyarakat majmuk di negeri ini.”

“Dalam usaha untuk memartabatkan ilmu dan penyelidikan ini, PMBS juga akan bakal mengadakan bengkel berhubung dengan masyarakat Brunei,”katanya ketika ditemui media selepas mengadakan mesyuarat persatuan itu, di sini kelmarin.

Beliau turut menyatakan, persatuan itu juga berhasrat untuk memiliki Balai Seni Budaya Masyarakat Brunei sebagai platform untuk mengetengahkan kebudayaannya.

“Usaha untuk merealisasikan hasrat ini akan dilaksanakan di bawah Biro Perancangan Pembangunan PMBS dan akan terus diperjuangkan sehingga ia menjadi realiti,”katanya.

Persatuan berkenaan yang ditubuhkan sejak tahun 70-an dan mula menggunakan nama PMBS pada tahun 1992 kini mempunyai ahli seramai hampir dua ribu orang dan mempunyai 26 cawangan di seluruh negeri.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Ariffin (tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa PMBS selepas mesyuarat berkenaan berlangsung.-Gambar Oleh Alex Mairin

Ariffin (tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa PMBS selepas mesyuarat berkenaan berlangsung.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan