Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM Ziarah Nik Aziz, Rakyat Diminta Doakan Cepat Pulih

pm

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menziarahi Datuk Nik Abdul Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini, meminta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesihatan Mursyidul Am PAS itu.

Perdana Menteri menerusi laman Twitter beliau hari ini berkata:

“Alhamdulillah..baru menziarahi Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian.

“Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga beliau cepat pulih,” kata beliau.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan