Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM Umum Bubar Parlimen 7 April, Buka Laluan PRU-14

 

RASMI… Setelah sekian lama rakyat mula berteka-teki sejak awal tahun, akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen ke-13 secara rasmi pada 7 April.

Ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan beliau turut menasihatkan semua negeri kecuali Sarawak melakukan perkara sama untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dapat berlangsung serentak.

Turut hadir pada pengumuman khas bersejarah itu yang disiarkan secara langsung dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bermula jam 12 tengah hari ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak ketinggalan ialah menteri-menteri yang menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet terakhir diadakan. Perdana Menteri turut mengambil peluang itu untuk berucap selama 20 minit menceritakan azam kerajaan membela rakyat.

“Saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan setelah mendapat perkenan daripada Baginda, Parlimen ke-13 akan dibubarkan berkuat kuasa pada esok (Sabtu) 7 April 2018.

“Oleh itu, saya menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua Negeri masing-masing untuk perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya Pilihan Raya Umum dapat dijalankan serentak,” katanya.

Tidak ketinggalan ialah menteri-menteri yang menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet terakhir diadakan. Perdana Menteri turut mengambil peluang itu untuk berucap selama 20 minit menceritakan azam kerajaan membela rakyat.

Semalam, Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi penggal keenam, Parlimen ke-13 yang telah bersidang sejak 5 Mac lepas turut ditangguhkan kepada satu tarikh berikutnya yang belum lagi ditetapkan.

Ia sekali gus membuka laluan kepada PRU ke-14 diadakan dalam masa terdekat dan tarikhnya bakal ditentukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka mengadakan mesyuarat khas di Putrajaya pada minggu depan.

Berita pembubaran itu turut mendapat perhatian luar biasa netizen dan liputan luas media antarabangsa bahkan disifatkan ramai pemerhati politik tempatan sebagai ibu kepada segala pilihan raya. – Mynewshub/HAA

Komen


Berita Berkaitan