Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM umum beberapa projek pembangunan bakal dilaksana di Labuan

Masyarakat Labuan mengambil peluang bersalaman dengan Najib semasa kunjungan beliau rasmi beliau selama sehari. - foto Jabatan Penerangan
Masyarakat Labuan mengambil peluang bersalaman dengan Najib semasa kunjungan beliau rasmi beliau selama sehari. – foto Jabatan Penerangan

LABUAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan beberapa faedah termasuk peruntukan RM15 juta akan disalurkan bagi meningkatkan perkhidmatan feri di Wilayah Persekutuan Labuan.

Peruntukan tersebut merupakan salah satu hadiah sempena sambutan ulangtahun wilayah itu yang bakal diraikan pada tahun ini.

Najib yang turut berpuas dengan perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak turut menyatakan cadangan kerajaan Pusat untuk membina mini UTC di Labuan.

Najib menandatangani plak perasmian Pasar Sentral dan Kenduri Satu Wilayah, di Labuan, hari ini. - foto Jabatan Penerangan
Najib menandatangani plak perasmian Pasar Sentral dan Kenduri Satu Wilayah, di Labuan, hari ini. – foto Jabatan Penerangan

“UTC di Kuching, Sarawak and Kota Kinabalu, Sabah adalah satu kerajaan. Ini kerana, ia mendapat sambutan cukup baik daripada orang ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan di UTC,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pasar Sentral dan Kenduri Satu Wilayah, di Labuan, hari ini.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalannya, Loga Balamohan; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi.

Najib berkata, di UTC beberapa agensi kerajaan beroperasi di bawah satu bumbung dan orang ramai juga sudah boleh memperolehi pasport dan Mykad mereka hanya dalam tempoh satu jam berbanding sebelum ini.

Najib sempat mengadakan lawatan ke pasar ikan yang terletak di Pasar Sentral, Labuan. - foto Jabatan Penerangan
Najib sempat mengadakan lawatan ke pasar ikan yang terletak di Pasar Sentral, Labuan. – foto Jabatan Penerangan

“Di Kuching, UTC beroperasi daripada pukul 9 pagi hingga 9 malam termasuk pada Ahad dan ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan bernilai RM1.5 juta bagi membina tangga elektrik bergerak dalam bangunan tiga tingkat Pasar Sentral berkenaan yang turut dilengkapi pendingin hawa.

Bagi pengguna jalan raya pula, beliau berkata, sebanyak RM15 juta diperuntukan bagi membina jalan raya baharu di Labuan serta RM77.5 juta untuk menaiktaraf dan memperbaiki beberapa buah masjid di wilayah itu dan sumbangan RM2 juta untuk Yayasan Pendidikan Labuan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan