Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PM Umum Bantuan RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah

1:03pm 10/06/2016 Pak Roshan 60 views Mutakhir,Nasional
Najib Tun Razak

Najib Tun Razak

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil di seluruh negara bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata bantuan itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM194 juta.

Bantuan khas RM500 itu dibayar secara ‘one off’ kepada semua penerima bermula hari ini, katanya.

“Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.

“Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016 di sini, hari ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan