Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM ucap takziah kepada keluarga Kpl. Rajah Jamuan

pmucaptakziah

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa akan melakukan sedaya upaya bagi mencari dan menyelamatkan Konstabel Zakia Aleip, rakan setugas Allahyarham yang dipercayai diculik dalam serangan itu.

“Takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang gugur di Mabul. Kita akan lakukan sedaya upaya untuk cari dan selamatkan Konstabel Zakia Aleip,” kata Najib dalam laman twiternya hari ini.

Dalam insiden serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata itu, Rajah yang merupakan anggota Pasukan Polis Marin terbunuh manakala Zakia hilang dipercayai diculik.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata penyerang yang menggunakan senjata berat berkenaan membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.

Komen


Berita Berkaitan