Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM tahu kandungan kotak hitam MH17

kotak hitam najib

AMSTERDAM – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, laporan awal berhubung kandungan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan diumumkan kepada masyarakat dalam masa terdekat sejurus siasatan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di makmalnya di United Kingdom (UK) sejak seminggu lalu, selesai.

Perdana Menteri juga mengakui beliau mengetahui kandungan kotak berkenaan melalui taklimat yang diberikan kepadanya namun menjelaskan adalah tidak wajar untuk beliau membuat sebarang pendedahan.

Katanya, hal demikian kerana siasatan oleh pihak antarabangsa itu diketuai oleh Lembaga Keselamatan Belanda malah Malaysia pula merupakan sebuah negara berkepentingan selaku pemilik pesawat

“Saya tahu apa kandungannnya tapi tidak elok bagi saya (membuat kenyataan). Perlu beri AAIB di UK membuat kenyataan rasmi yang menyeluruh sebagai menghormati keluarga mangsa, ” katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahmanyang turut menyertai sidang akhbar berkenaan memberikan penjelasan berhubung proses siasatan kotak hitam MH17.

Katanya, berdasarkan undang-undang, negara lokasi nahas udara diberi kuasa mengetuai siasatan namun Ukraine telah menyerahkannya kepada Belanda dan persetujuan itu dibuat melalui nota diplomatik.

Katanya, Lembaga Keselamatan Belanda yang diberi tanggungjawab itu kemudiannya menghubungi negara berkepentingan untuk menyertai pasukan siasatan, termasuk Malaysia selaku pemilik pesawat.

Katanya, turut dijemput ialah United Kingdom sebagai pembuat enjin pesawat dan Amerika Syarkat (AS) sebagai pembuat pesawat, manakala Ukraine dan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebagai pemerhati.

“Laporan akan dihantar kepada pasukan penyiasat, pihak yang diberi kuasa mengetuai siasatan iaitu Belanda mempunyai kuasa untuk membuat sebarang kenyataan mengenainya.

“Akan dikeluarkan laporan awal tidak lama lagi. Ia tidak boleh (diadakan) tergesa-gesa kerana laporan perlu berdasarkan fakta,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan