Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM Saran Ibu Bapa Bermasalah Jaga Anak OKU Daftar Anak Dengan JKM

ibumasalah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru ibu bapa atau penjaga yang mengalami masalah untuk menjaga anak-anak orang kurang upaya (OKU) agar mendaftarkan anak terbabit dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Insya-Allah, kebajikan serta keselamatan mereka akan terpelihara,” katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau pada Selasa.

Najib berkata sejak dahulu kerajaan melalui JKM telah menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan kepada ibu bapa agar kebajikan dan keselamatan anak-anak OKU terpelihara.

“Kisah menyayat hati dua OKU di Negeri Sembilan dan Kelantan minggu lepas telah menyentuh hati seluruh negara,” katanya.

Dalam catatannya Najib turut menyertakan pautan http://bit.ly/1nYhhCr mengenai laporan bertajuk ‘Daftar Anak OKU Di JKM Buka Pintu Pelbagai Bantuan’ yang ditulis wartawan Bernama, Nurrul Huda Ahmad Lutfi.

Laporan itu antara lain mengatakan bahawa langkah mendaftarkan anak OKU dengan JKM akan membuka pintu kepada pelbagai peluang bantuan dan sokongan bagi ibu bapa dan penjaga dalam menguruskan anak istimewa mereka.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu ‘Tiga Malam’ pada 1968.

Sharifah Aini dianugerah ‘Biduanita Negara’ iaitu gelaran tertinggi negara untuk penyanyi wanita sebagai menghargai sumbangannya kepada industri muzik, rakyat dan negara.

Penyanyi era 70-an itu menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa gelaran ‘Datuk’, daripada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2003.

Komen


Berita Berkaitan