Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PM rasmi upacara pecah tanah POH Lahad Datu

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najb Razak merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Lahad Datu di Lapangan Terbang Lahad Datu, hari ini. - Foto Datu Ruslan Sulai
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najb Razak merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Lahad Datu di Lapangan Terbang Lahad Datu, hari ini. – Foto Datu Ruslan Sulai

LAHAD DATU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak sebentar tadi merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Lahad Datu di Lapangan Terbang Lahad Datu.

POH Lahad Datu akan berfungsi sebagai pusat transit dan bantuan udara untuk semua operasi helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berulang alik ke kawasan ESSCOM dan Zon Keselamatan Timut Sabah (ESSZONE).

Ia juga akan menjadi pusat operasi pertahanan ATM untuk melumpuhkan ancaman pengganas dan militan khusus di ESSCOM dan ESSZONE.

Kos pembinaan POH di kawasan Lapangan Terbang Lahad Datu bernilai RM9 juta akan bermula pada Jun ini membabitkan tanah berkeluasan 1.2 hektar.

POH Lahad Datu merangkumi bangunan pejabat operasi, hangar memuatkan enam helikpoter.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Radzi Abd Rahim; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad.

Perdana Menteri turut melancarkan dua pangkalan laut aitu Pangkalan Laut Tun Azizan (PL TAZ) dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PL TSR).

PERDANA Menteri,Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai pada majlis perasmian upacara pecah tanah projek pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Lahad Datu di Lapangan Terbang Lahad Datu, hari ini. - Foto Datu Ruslan Sulai
PERDANA Menteri,Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai pada majlis perasmian upacara pecah tanah projek pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Lahad Datu di Lapangan Terbang Lahad Datu, hari ini. – Foto Datu Ruslan Sulai

Komen


Berita Berkaitan