Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PM Najib Tekad Terus Berjuang Pertahan Kepimpinannya

1:11pm 19/03/2016 Pak Roshan 74 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangannya ketika bersama para penyokong pada Himpunan Solidariti PM bagi menyatakan sokongan kepada pentadbirannya hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambaikan tangannya ketika bersama para penyokong pada Himpunan Solidariti PM bagi menyatakan sokongan kepada pentadbirannya hari ini. – Foto BERNAMA

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

“Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

“Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat,” katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Himpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib, dihadiri lebih 5,000 anggota dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional daripada 14 UMNO bahagian di negeri ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib yang juga Presiden UMNO dan Anggota Parlimen Pekan sebelum itu tiba di Pangkalan TUDM, di sini kira-kira 9.30 pagi dengan menaiki pesawat khas dan disambut oleh Adnan serta pimpinan parti.

Perdana Menteri turut meminta rakyat di negara ini khasnya anggota parti supaya tidak memperdulikan kerjasama politik bekas pemimpin UMNO dan pihak pembangkang kerana ia tidak mendatangkan manfaat berbanding langkah kerajaan selama ini yang telah banyak membuat kebajikan untuk rakyat.

“Kita (pemimpin kerajaan) buat kerja, kita jaga ekonomi, kita nak orang muda ada pekerjaan, memperkembangkan ekonomi, kita nak jaga orang kampung, kita nak bangunkan kawasan bandar, pinggir bandar, pesisiran pantai, gunung, semua kita kena jaga,” katanya.

Dalam masa yang sama Najib turut menempelak tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan deklarasi bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinannya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan