Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PM Najib Bentang Pengubahsuaian Bajet 2016

1:10pm 28/01/2016 Pak Roshan 32 views Mutakhir,Nasional
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun razak

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun razak

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan pada 2016 yang mencabar.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan bajet itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Bajet yang diubah suai itu akan memberi tumpuan kepada apa yang dianggap positif oleh rakyat dan pasaran.

Antara tumpuannya termasuk berkaitan dasar fiskal negara dan kewangan, langkah meningkatkan hasil negara, mengoptimumkan perbelanjaan dan menentukan keutamaan baharu.

Najib sebelum ini turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk penganalisis ekonomi, peneraju industri, anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), wakil persatuan pengguna dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memuktamadkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Proses penglibatan dan konsultasi bersifat menyeluruh itu bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan untuk dijadikan pertimbangan dan asas dalam usaha membentangkan pengubahsuaian bajet.

Ketua Setiauaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan dijangka mengumumkan anggaran baharu purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara berikutan harga minyak mentah terus merosot. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan